Sabtu, 9 Februari 2013

Save the Date

It's 9 Febuary today...
majlis belum bermula tp kepenatan sudah ada...mlm semalam tido kol 2.30pg teman en asben goreng ayam untuk dimasak pd hari ini...huhuhu..dah mcm nk buat kerja kawin..rsnya majlisnya cuma kecil-kecilan ajer...
ermm..malam tdi dah wish 2,3x kt en asben besday dia..hehehe nie gatal nk wish sambil menaip..en asben baca ker???harap2 dia baca dan menghayati..

papa 
"selamat ulangtahun kelahiran yang ke 28"
dalam hitungan minit semakin hari kita meniti usia

Buat suamiku...
ingin ku panjatkan serangkaian doa untukmu
dengan penuh rasa kesyukuran pada Allah S.W.T
 kerana memberikan masa untuk aku mengenali erti kasih sayang dari insan dan Tuhan, 
menghayati pengorbanan luar biasa yang mencetus keinsafan
 dan memberikan aku waktu untuk mengecap cinta sedingin salju.
kau adalah salah satu anugerah terindah yang diberikan Allah kepadaku,
yang telah mempertemukan kita dengan caraNYA yang tak pernah terbayang sedikit pun.

Pada untaian harapan dan permintaan ku mohon padamu Yaa Rabb
berikanlah kepada suamiku kesihatan,panjang umur yang bermanfaat,kebahagian dan rangkaian kemudahan dariMU
Jadikanlah segala kelebihan yang ada pada dirinya sebagai tempat baginya untuk selalu bersyukur 
dan tidak pernah mengingkari sedikit pun nikmat yang Engkau berikan.
Jadikanlah segala kekurangan yang ada pada dirinya sebagai tempat baginya untuk selalu kembali bermunajat padaMU
 dalam setiap kesulitan
biarlah hanya yang terbaik berlaku dalam kehidupan, 
dunia dan akhirat kami sekeluarga gapai penuh kesyukuran.

Terima kasih Ya ALLAH kerana Kau jadikan dia untukku dan menjadi ayah untuk zuriatku....
Terima kasih papa kerana hadirmu begitu membahagiakanku....


Harapan dan impianku, agar aku mampu membuatmu sentiasa tersenyum dan tertawa saat kita bersama meniti usia. 
Moga Allah berikan aku kekuatan untuk membekalkan tenang dihatimu walaupun tika hidup kita di hempas gelombang.
AMIN

:: kene kerja ary nie semua orang dah bercuti ::


Khamis, 31 Januari 2013

BIRHTDAY DIY

 sebelum sambutan birthday nisa n en asben saya dah menyediakan pelbagai D.I.Y untuk majlis tu nanti
antaranya adalah:
mineral label
stiker untuk paper bag
birthday bunting
candy buffet tag
semuanya buat sendiri dengan penuh kasih sayang..hehehhe..
bertuah sebenarnya sbb saya bekerja dlm bidang grafik..bende2 mcm ni leh buat sendiri,kalo nk tempah ngan owg mmg semua memerlukan kos.
jdnya untuk mengurangkan kos n membawa lebihan kos ke bende lain..maksudnya duit y nk buat bende2 kt atas ni saya lebihkan kepada menu makanan tok dijamu pada hari tersebut.
tinggal lebih kurang seminggu jer lagi sebelum majlis berlangsung
semuanya dah 70% siap...mudah2an semua berjalan seperti yang dirancang.



sikit jer dulu ea..nti dah full siap saya cerita lagi..

:: excited menghitung hari ::

Selasa, 29 Januari 2013

29 JANUARI 2013

Selamat ulangtahun perkahwinan yang ke 2 buat saya dan suami
semoga bertambah lagi tahun ini dengan kasih sayang,cinta,rindu-rinduan buat kita sekeluarga dan selamat ulangbulan ke 11 buat khairunnisa hari ini jg next month dah setahun.adik nisa nti mama n papa nk dapatkan tarikh ni lah mesti lg meriah nti,yelah mama n mokde hari lahir sama tarikh..mokde pyer aniversary pon sama ngan tarikh lahir abg amirul..so mama n papa kene berusaha keras ni tok dptkan tarikh nie tahun2 akan dtg...perh...perancangannya kan...........
hebat..insyaallah..
hari ini xda plan ape2 sebab ntikan nk buat kenduri..so hari ni kita simpan time kenduri tu nti..
cuma nk kongsi satu rahsia..
hehehe dah mcm iklan oreo plak.
nk tunjuk pic zaman muda2 mama n papa
mn tw nisa dah beso nti nk tgk gambo mama mude2 kan...
kecik tak kami berdua?
nie masa form 2 rasanya.dulu2 cuma kawan2 biasa jer
xsangka plak jodohnya hingga sekarang nie..
padahal xda plak bercinta masa zaman sekolah dulu.
dulu masa sekolah dr tingkatan 1~3 kami sekelas
4~5 en asben dah bertuko kelas lain..
tp persahabatan tetap ada..kalo bertemu mmg saling bertegur sapa
dan y paling saya takkan lupa setiap kali hari raya dia xpernah miss dtg rumah saya..
zaman remaja memang seronokkan,rindu plak nk kembali kesekolah...
(~.~)
2 tahun lagi akan melangkah ke 3+
waktu mmg pantas berlalu..saya jer y masih xlaju mengejar
perancangan banyak..terlaksana jer belum...
mudah2an rezeki tu sentiasa ada kan..
amin..
hari ini cuma berharap semuanya akn baik2 sahaja...