Sabtu, 9 Februari 2013

Save the Date

It's 9 Febuary today...
majlis belum bermula tp kepenatan sudah ada...mlm semalam tido kol 2.30pg teman en asben goreng ayam untuk dimasak pd hari ini...huhuhu..dah mcm nk buat kerja kawin..rsnya majlisnya cuma kecil-kecilan ajer...
ermm..malam tdi dah wish 2,3x kt en asben besday dia..hehehe nie gatal nk wish sambil menaip..en asben baca ker???harap2 dia baca dan menghayati..

papa 
"selamat ulangtahun kelahiran yang ke 28"
dalam hitungan minit semakin hari kita meniti usia

Buat suamiku...
ingin ku panjatkan serangkaian doa untukmu
dengan penuh rasa kesyukuran pada Allah S.W.T
 kerana memberikan masa untuk aku mengenali erti kasih sayang dari insan dan Tuhan, 
menghayati pengorbanan luar biasa yang mencetus keinsafan
 dan memberikan aku waktu untuk mengecap cinta sedingin salju.
kau adalah salah satu anugerah terindah yang diberikan Allah kepadaku,
yang telah mempertemukan kita dengan caraNYA yang tak pernah terbayang sedikit pun.

Pada untaian harapan dan permintaan ku mohon padamu Yaa Rabb
berikanlah kepada suamiku kesihatan,panjang umur yang bermanfaat,kebahagian dan rangkaian kemudahan dariMU
Jadikanlah segala kelebihan yang ada pada dirinya sebagai tempat baginya untuk selalu bersyukur 
dan tidak pernah mengingkari sedikit pun nikmat yang Engkau berikan.
Jadikanlah segala kekurangan yang ada pada dirinya sebagai tempat baginya untuk selalu kembali bermunajat padaMU
 dalam setiap kesulitan
biarlah hanya yang terbaik berlaku dalam kehidupan, 
dunia dan akhirat kami sekeluarga gapai penuh kesyukuran.

Terima kasih Ya ALLAH kerana Kau jadikan dia untukku dan menjadi ayah untuk zuriatku....
Terima kasih papa kerana hadirmu begitu membahagiakanku....


Harapan dan impianku, agar aku mampu membuatmu sentiasa tersenyum dan tertawa saat kita bersama meniti usia. 
Moga Allah berikan aku kekuatan untuk membekalkan tenang dihatimu walaupun tika hidup kita di hempas gelombang.
AMIN

:: kene kerja ary nie semua orang dah bercuti ::


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

terima kasih kpd mama yg setia dan sabar selame ini menemani papa..inyaALLAH papa cube mjdi suami & papa kpd mama & nisa dgn penuh tggjwb..sayang mama&nisa