Jumaat, 28 September 2012

Kejadian 21~22 september 2012


Tengok gambar jer r ea..ary nie malas nk menaip
tahap kemalasan 100% today..dasyat betul...
ni cite minggu lepas masa g bangi amik adik iapr tp sebelom tu singgah telok panglima garang g rumah abg saya no5

pestime g i-city (mama lg excited tgk lampu dr nisa)

suke kan nisa

papa n nisa

with mak usu (inilah adik ipar saya)

g zoo melaka nie

tenyummmmmm (^-^)

eh mana nisa nie???

naik kereta lembu (Rm10 enget jer jauh lah jg lembu 2 tarik ktowg)
Banyak lagi gambo tp malas nk upload banyak2..
hahahaa...memang MALAS betul..

Khamis, 20 September 2012

DENGGI

Jangan takut plak bile baca tajuk kt atas 2..sajer jer bikin hati anda y membaca gelisah (ada ker owg baca)xkisahlahkan...
cam biasalah,setiap kali tulis entry mesti kejadian semalam pyer..xpernah lagi tulis kejadian hari ini..
alkisahnya balik dr kerja semalam sampai2 umah jer dah dengo pengumuman y jabatan kesihatan nk sembur nyamuk aedes..sebab dah jd kes penghuni blok sebelah kene demam denggi...nak tahu ape itu denggi meh saya cite sikit

Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).
Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.
Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile), dijumpai di kawasan tropika, dengan taburan geografi serupa dengan malaria. Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotype yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotype cukup berbeza menjadikan tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku. Denggi disebarkan kepada manusia oleh nyamuk Aedes aegypti (hanya kadang-kala oleh Aedes albopictus).


Antara tanda-tanda demam denggi ialah:
  1. Demam kuat yang mengejut dan berterusan
  2. Bintik merah pada kulit
  3. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepala
  4. Berdarah pada badan, hidung dan mulut
  5. Hilang selera makan
  6. Muntah-muntah
  7. Sakit perut
  8. rasa pahit pada lidah
  9. lemah dan tidak bermaya


kalo rasa2 ada seperti tanda2 diats tu cepat2 pegi klinik yer utk pemeriksaan.

jdnya untuk melarikan diri dr asap y berminyak n tebal tu en asben ajak g pasir gudang umah akk saya no2..yelah lgpon nisa'n alergik nti takot plak jd hal lain...
sesampainya disana sebelum maghrib..pn kakak sibuk memasak itu ini..rupa2nya dia nk buat harijadi anak ke 3 dia y jatuh pd hari semalam 19 sept 2012..xtahu pon ..mmg langkah kanan lah kami semalam...
lagipon akk saya buat sederhana sahaja..jemput kawan2 sepermainan budak2 kt area situ..
jdnya kedatangan kami semalam penyeri meriahkan majlis..hehehe..
majlis mula kol 8 lebih dan saya balik umah kol10.30 mlm..sampai rumah teros tdo'n nisa (dah pandai sekarang kalo kene kejut tdo mengaruk sekali dlm kereta sblm sampai rumah )
dan saya pon terus landing..dan hari nie letih sgt..ngantuk(sakit pinggang)dah tua dah saya nie..wawawaa
semoga cepatlah hari ini berlalu sebab esok nk g kl amik adik ipar y dah tamat pengajianya di ICHS dlm kursus kejururawatan..semoga exam lesen jururawat semlm dapat y terbaik..amin..

Emak kowg  nie mmg semangat patriotik betul...

sebelum potong kek..

hanna amni  (kanan ) y lagi excited  nk potong kek.Birthday gurl
NurHaifa Izzah ( kiri )

Tengoklah 2...
opps sebelum terlupa selamat hari lahir Nur Haifa Izzah semoga panjang umur..serta jd ank y solehah n berbakti pd ibu dan ayah..

dan semalam ada dapat email dr xpasti syarikat design mn y nk tawarkan jd pereka corak bg syarikat dowg..ermm dulu dah kene sekali minta siapkan design tok tshirt muslimah bila dah hantar design xda feed back langsung..jdnya utk mengelakkan TIPAH TERTIPU lagi..biarkan jer r email 2...


Rabu, 5 September 2012

Adam & Hawa

"Tak usah diucap tak usah dilafaz, aku dah mengerti bahasa cintamu"-novel adam dan hawa by Aisya Sofea



cerita baru kt mustika HD,hari2 dok tunggu nk tgk Adam Mukris (am) a.k.a Aaron Aziz dan Ain Hawani (ain) a.k.a Nadiya nissa


Sinopsis Adam dan Hawa
Mengisahkan Ain Hawani seorang remaja lepasan SPM, bekerja di sebuah tadikan milik kakak Adam Muhkriz kerana menggantikan guru yang bersalin. Ain hanya bekerja sementara saja, kerana dia ingin menyambung pelajaran di peringkat lebih tinggi.


Semasa Ain bekerja di tadika tu lah Ain telah bertemu dengan Adam dan ada juga perasaan sukakan Adam (kiranya macam cinta pandang pertama jugak la). Adam pula seorang pilot syarikat MAS, seorang yang kacak dan berperangai ala playboy sikit.
Cita-cita Ain Hawani bagaikan terhenti di tengah jalan apabila berlaku peristiwa hitam dalam hidupnya, Ain telah ditangkap basah kerana dituduh berkhalwat dengan Adam. Ain telah dipaksa berkahwin dengan Adam bagi membersihkan nama baik keluarga walaupun Ain tidak rela.
Timbullah perasaan benci Ain terhadap Adam kerana sikap  Adam yang mendiamkan diri seolah benar mereka berkhalwat sedangkan mereka rupanya difitnah oleh bekas teman wanita Adam yang cemburukan Adam dan Ain Hawani.


Mereka berkahwin jugak, tetapi tidak seperti suami isteri yang lain, Ain masih membenci Adam dan tak boleh menerima Adam sebagai suami. (mcm gemersik kalbu pulak).
Ain Hawani kemudian melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan dia dan Adam berpisah selama 8 tahun. Adam masih menganggap Ain sebagai isterinya yang sah namun tidak bagi Ain.


Akhirnya mereka telah bertemu kembali di depan pintu Masjidilharam di mekah. Adam mengharapkan Ain kembali kepadanya tetapi Ain masih lagi ego tak mau terima Adam.
Apabila mereka pulang ke Malaysia, Ain dan Adam kerap jugak keluar bersama dan cinta mereka kembali bertaut.


Kesudahan dalam novel Ain dan Adam bersatu jugak akhirnya setelah sekian lama terpisah, dan mereka dapat anak perempuan.
Adam memang untuk Hawa..itulah yang seperti ibu Ain ucapkan pada Ain.

:: feelin2 sendiri jg bile tgk cite nih! ::