Khamis, 20 September 2012

DENGGI

Jangan takut plak bile baca tajuk kt atas 2..sajer jer bikin hati anda y membaca gelisah (ada ker owg baca)xkisahlahkan...
cam biasalah,setiap kali tulis entry mesti kejadian semalam pyer..xpernah lagi tulis kejadian hari ini..
alkisahnya balik dr kerja semalam sampai2 umah jer dah dengo pengumuman y jabatan kesihatan nk sembur nyamuk aedes..sebab dah jd kes penghuni blok sebelah kene demam denggi...nak tahu ape itu denggi meh saya cite sikit

Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).
Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.
Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile), dijumpai di kawasan tropika, dengan taburan geografi serupa dengan malaria. Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotype yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotype cukup berbeza menjadikan tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku. Denggi disebarkan kepada manusia oleh nyamuk Aedes aegypti (hanya kadang-kala oleh Aedes albopictus).


Antara tanda-tanda demam denggi ialah:
  1. Demam kuat yang mengejut dan berterusan
  2. Bintik merah pada kulit
  3. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepala
  4. Berdarah pada badan, hidung dan mulut
  5. Hilang selera makan
  6. Muntah-muntah
  7. Sakit perut
  8. rasa pahit pada lidah
  9. lemah dan tidak bermaya


kalo rasa2 ada seperti tanda2 diats tu cepat2 pegi klinik yer utk pemeriksaan.

jdnya untuk melarikan diri dr asap y berminyak n tebal tu en asben ajak g pasir gudang umah akk saya no2..yelah lgpon nisa'n alergik nti takot plak jd hal lain...
sesampainya disana sebelum maghrib..pn kakak sibuk memasak itu ini..rupa2nya dia nk buat harijadi anak ke 3 dia y jatuh pd hari semalam 19 sept 2012..xtahu pon ..mmg langkah kanan lah kami semalam...
lagipon akk saya buat sederhana sahaja..jemput kawan2 sepermainan budak2 kt area situ..
jdnya kedatangan kami semalam penyeri meriahkan majlis..hehehe..
majlis mula kol 8 lebih dan saya balik umah kol10.30 mlm..sampai rumah teros tdo'n nisa (dah pandai sekarang kalo kene kejut tdo mengaruk sekali dlm kereta sblm sampai rumah )
dan saya pon terus landing..dan hari nie letih sgt..ngantuk(sakit pinggang)dah tua dah saya nie..wawawaa
semoga cepatlah hari ini berlalu sebab esok nk g kl amik adik ipar y dah tamat pengajianya di ICHS dlm kursus kejururawatan..semoga exam lesen jururawat semlm dapat y terbaik..amin..

Emak kowg  nie mmg semangat patriotik betul...

sebelum potong kek..

hanna amni  (kanan ) y lagi excited  nk potong kek.Birthday gurl
NurHaifa Izzah ( kiri )

Tengoklah 2...
opps sebelum terlupa selamat hari lahir Nur Haifa Izzah semoga panjang umur..serta jd ank y solehah n berbakti pd ibu dan ayah..

dan semalam ada dapat email dr xpasti syarikat design mn y nk tawarkan jd pereka corak bg syarikat dowg..ermm dulu dah kene sekali minta siapkan design tok tshirt muslimah bila dah hantar design xda feed back langsung..jdnya utk mengelakkan TIPAH TERTIPU lagi..biarkan jer r email 2...


Tiada ulasan: