Selasa, 31 Disember 2013

rezeki 2013

salam akhir tahun 2013
telah kutinggalkan segalanya apabila terbitnya hari ini
alhmdulillah untuk segala rezeki yang telah dilimpahkan sepanjang tahun 2013,mudah2an rezeki 2014 lebih berlipat ganda lagi..amin.
syukur kerana telah memiliki rumah sendiri dan akan menimang cahaya mata ke 2 nanti.rezeki yang paling besar dalam diri ini.
amin...amin..amin..YA ALLAH



KFC lagi..hehehhee second time
received 16-oktober-2013
Dampak 2013

AEON Voucher RM20

RM500 Kuwait Finance

Kit Kat HUnt For Zizan -Week 8

Revlon
Tesco teka Hidangan Raya 
Walls maaf Raya

Ustaz Cinta
Samsung Potret Raya
Kit KAt 144 pcs 2 Fingers

BOH Malaysia
GSC Movie



Lain-lain yang tiada bukti RM50 voucher MCd,dan untuk semua freebies yang telah didapati..yang paling banyak sample susu dan pampers...rezeki khairunnisa




King's GRAND 2x1L ice cream
free from milkdeal RM20 from sign up n free from MAD giveaway

KFC Giveaway...ceh..nama budak tu pun ada....
Beg sekolah power panda untuk khairunnisa
RM30 Voucher nando's
Jalen giveaway Fridge magnet
hadiah misteri dr loreal mythic shampoo set &tummy headphone from prudential

yahoo...bekalan susu 3 bulan dari dutch lady mom club

voucher RM 30 dr teacher malaysia

RM 30 voucher dari teacher malaysia
vibrance challange Rm20 Aeon voucher

KFC lagi dan lagi..wawawa..kali ni tiga 
national science RM100 with goodies bag (tp mungkin bukan rezeki kene amik kt MATRADE so semata2 nk g KL amik duit RM100 xberbaloi rasanya ) :( kecewa juga r.

Vibrant Challange siap tambah gift voucher RM50 hadiahnya sebenarnya cuma RM20 aeon voucher sahaja rezeki alhamdulillah.
RM30 voucher Nando's

GSC ticket voucher (hampeh je pg GSC pelangi tgh renovate xtw bila siap)

Tshirt dari kia malaysia (kia Giveaway Mini?No.Small?Yes)
KDK Malaysia Energy saving tips
AEON untuk khairunnisa 

Jumaat, 27 September 2013

assalamualaikum...
lama sungguh tidak meninggalkan jejak..beraya sakan..syawal dah pun habis..rumah terbuka masih banyak y dibuka..hehehehe..tahun ni xda lah sakan sangat...seperti biasa..BERSEDERHANA..
jom layan gambo hari raya a.k.a FAMILY DAY keluarga YAHYA HJ AHMAD

BIG FAMILY YAHYA HJ AHMAD

Keluarga Ayes

kelabu gitu..mn saya?pandai pilih tempatkan... sbb nk glamer kene dok depan.alhmdulillah semua adik beradik ada.suke tengok keadaan begini..ceria kan kita...

semasa hari kejadian pelbagai aktiviti telah dibuat untuk menambah seri majlis yang berlangsung antaranya melukis untuk kanak-kanak,kuiz dan treasure hunt.tetapi sebelum semua majlis bermula kita telah mengadakan bacaan doa selamat buat semua..semoga ape yang di buat diberkati dan mendapat rahmat serta hubungan yang terjalin tidak putus.
hehehhe..sebab ada pic en asben..sebelum bacaan doa selamat bermula

mewarna kanak-kanak

sebenarnya perjumpaan keluarga ni diadakan adalah kerana kami tidak mengenali keluarga sebelah arwah bak sbb setelah bak meninggal.ktowg mmg xda balik kmpg n kenal saudara..kalau kenal pun sebelum arwah nenek n atok meninggal...sepupu mmg xkenal..kesian kan..dah beso2 baru nk kenal saudara..tp rsnya belum terlambat nak mengeratkan tali silaturahim keluarga

emak (tengah depan) bersama adik beradik arwah bak

Mak usu Arfah dan anak sulung

Makcik Juminah dan Anak sulung

Keluarga Makcik Salak

keluarga Pakcik Daud

Keluarga MAklong pahang
keluarga Pokde bandil

keluarga pak long lias





semoga hubungan kekeluargaan ini terus bersambung dari satu generasi ke generasi yang baru..sebenarnya banyak lagi yang nk dicerita dan dikongsi tapi disebabkan kekurangan idea menulis maka cerita berhenti disini sahaja.
dengan harapan next year ada lagi x nak buat mcm ni?rasanya seronok sgt dpt berkumpul sekeluarga.








Khamis, 25 Julai 2013

Ramadhan

dah 2 minggu berpuasa...
lagu raya pon dah banyak ke udara di corong2 radio
mood raya belum sampai lagi...tp lebih kepada excited nk sambut family day
pada 3syawal nanti,insha Allah..semoga semua dipermudahkan.
persiapan dah 70% siap..tinggal finishing jer..
sebenarnya dok sibuk mengoogle2 kad raya kt Google tdi terjumpe satu kad raya yang amat2 saya suke waktu2 dlu..sebabnya ianya diberikan oleh seorang teman,kawan dan ....zaman silam dulu(hahahhaha...silam sangat kan)


sweet sangat masa2 dulu tu...tp kenangan je semua tu..kami pon dah xcam dlu..bertegur sapa pon dah tak...entahlah...
mungkin malu masing2 sudah dewasa dan sudah ada keluarga sendiri kan.
tp saya selalu mendoakan semoga bahagia seiring dimana saja dia berada.
hurmmm.........(yang sedihnya kad raya ni en asben saya dah bako abu pon dah xnampak dah lagi)


(no tepon bukan xda g lah col dia sekarang!)
:: pesanan tok diri sendiri ::