Jumaat, 20 Julai 2012

Ramadhan 1433H

Fish itu ikan
Time itu Masa
Jangan cube curik makan
Inikan bulan puasa

:: selamat berpuasa semuanya ::



Khamis, 19 Julai 2012

Khairunnisa

sayu hati sangat bila pk tentang nisa
airmata nie nk kuo jer...
kesian semalaman xnyenyak tdo...
mungkin kulit kepalanya terlalu gatal...
nk balik rumah cepat2..lambat pulak waktu berlalu...
NISA!!!!!!!!! 

Selasa, 17 Julai 2012

EKZEMA

sangat2 stress bila tahu khairunnisa ada ekzema
xtw nk buat macam mana
minggu lepas 11 july 2012
pegi klinik hospital sebab tengok kulit kering kat kepala dia makin teruk
ingatkan cradle cap biasa jer tp xsangka plak doctor cakap dia kene ekzema.cuma bahagian tepi kepala y teruk n belakang telinga kaki tangan badan xberapa sangat keringnya
kat sini saya nk share tentang ekzema yang saya sendiri pon baru ketahui

Atopic Eczema 
ialah satu keadaan kulit yang kering dan gatal. Keadan ini disebabkan  oleh alergi terhadap sesuatu yang dimakan atau dihidu. Biasanya ia kelihatan seperti kulit yang kering dan berwarna kemerahan yang kemudiannya berubah menjadi merah, gatal dan keradangan. Kadang-kala eczema hanya berlaku pada beberapa bahagian badan (seperti leher, siku, buku lali, pinggang dan lain-lain) tetapi di dalam kes yang lebih teruk ia mungkin meliputi seluruh badan.

Penyebab
Ahli keluarga - biasanya ia diwarisi oleh ahli keluarga yang pernah ada namun ia boleh dikawal secara mudah. Kita perlu memahami faktor-faktor yang boleh menyebabkan keadaan ini contohnya jangkitan, tekanan hidup kerana ia memainkan peranan penting dalam menentukan samada tanda-tanda penyakit tersebut akan menjadi lebih buruk.

Usia berapakah atopic eczema biasanya berlaku?
Biasanya ia berlaku pada bayi atau kanak-kanak kecil dalam lingkungan umur 2 bulan -2 tahun. 75% akan mengalami tanda-tanda pertama dalam umur 6 bulan dan 90% pengidap sudah mengalami tanda-tanda pertama apabila umur 1 tahun. Atopic eczema kini semakin menjadi di kalangan kanak-kanak berbanding orang dewasa.

Faktor-faktor yang boleh memburukkan keadaan

Jangkitan - Sejenis bakteria yang biasa dijumpai berpotensi menyebabkan atopic eczema ialah Staphylococcus aureus. Hasil kajian menunjukkan ia berada di permukaan kulit dengan banyak sekali  walaupun tiada sebarang kesan jangkitan (bernanah atau meleleh) pada permukaan kulit. Kehadiran bakteria ini menyebabkan sistem imun bereaksi keterlaluan dan seterusnya menambah inflamasi kulit dan berasa sangat gatal. Sekiranya kulit berair atau digaru, lebih banyak bakteria dapat menembusi permukaan kulit dan menjadikan keadaan bertambah teruk. Mujurlah bakteria ini boleh dihapuskan menggunakan antibiotik dengan mudah sekali.

Tekanan - Penyakit ini boleh muncul dalam kehidupan kanak-kanak secara tiba-tiba dalam keadaan tertekan seperti memasuki sekolah, memasuki taska, risau tentang peperiksaan atau apabila ibubapa menghidapi penyakit serius. Kadang-kala tekanan disebabkan kurang nyata, misalnya kanak-kanak mungkin risau tentang ketidakupayaan mengikuti pelajaran disekolah atau dibuli.

Suhu - Rasa panas boleh menambahkan rasa gatal. Elakkan daripada terkena cahaya matahari yang keterlaluan. Begitu juga suhu yang terlalu sejuk boleh menyebabkan rasa gatal dan mengeringkan kulit.

Allergen-allergen lain - Makanan tertentu seperti susu lembu, telur atau ramuan makanan seperti pewarna, pengawet makanan boleh menyebabkan alergi dan memburukkan lagi keadaan pesakit. Hama dan debunga juga merupakan allergen yang biasa ditemui. Setengah pesakit mungkin sensitif terhadap sabun wangi, mandian berbuih atau sisa bahan pencuci pada pakaian dan klorin yang terdapat di dalam kolam renang.


Bagaimana risiko masalah eczema atopic boleh dikurangkan ?

1. Sentiasa pastikan kulit lembap dengan menggunakan emolliet untuk kurangkan rasa kekeringan dan rasa gatal. Basuh tangan anda selalu untukmengelakkan pemindahan bakteria ke atas kulit
2. Pakai sarung tangan semasa membuat kerja rumah untuk mengelakkan diri daripada terkena bahan kimia
3. Jangan menggaru kulit badan atau sekurang-kurangnya pastikan kuku anda pendek untuk mengelakkan kulit dari merekah. Untuk bayi, pemakaian sarung tangan boleh membantu untuk mencegah tabiat menggaru
4. Elakkan diri daripada memendam perasaan. Luahkan masalah anda
5. Galakkan anak anda untuk suarakan perasaan negatifnya atau berbincang
6. Bersenam dan amalkan gaya hidup sihat
7. Jangan dedahkan bayi atau anak-anak anda kepada pancaran matahari. Pakailah pakaian yang dapat melindungi anda daripada sinaran matahari dan gunalah ubat penyekat matahari
8. Vakum rumah anda kerap dan pastikan pengudaraan yang cukup untuk hindari hama
9. Sentiasa bersihkan cadar, karpet dan kain langsir

sekarang khairunnisa dah xgune lagi baby bath/shampoo baby
saya cuma gune aquos cream sebagai pelembab untuk kulit nisa
semoga cepat sembuh nisa risau mama n papa tengok kulit nisa macam 2

::semalam buat mee bandong makan seafood pas2 kulit nisa makin teruk mungkinkah ini alahan sbb saya bagi BF ::
mama promise xmakan seafood2 lagi